Nasional

PM arah MARA teruskan projek MARA Digital

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) meneruskan projek MARA Digital bagi membuka peluang kepada belia bumiputera berkecimpung dalam bidang keusahawanan Teknologi Maklumat (IT) yang menjadi trend terkini dan masa depan.

Ismail Sabri berkata, ia sekaligus akan dapat membantu pusat IT dan jualan peralatan telekomunikasi oleh belia bumiputera ini kembali bersaing.

“MARA Digital pernah ditutup dan projek baharu tidak diteruskan apabila kerajaan diambil alih oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Ismail Sabri juga diiringi Mahdzir semasa melakukan tinjauan mengejut di MARA Digital Mall, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum itu, Perdana Menteri melakukan lawatan mengejut ke MARA Digital Mall di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ismail Sabri melahirkan rasa puas hati dalam tinjauan itu apabila mendapati para peniaga masih meneruskan perniagaan.

“Jualan juga semakin meningkat tetapi masih memerlukan sokongan MARA untuk membantu dari segi promosi, pinjaman, pengurangan kadar sewa dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata, projek MARA Digital ini sangat dekat di hatinya.

Katanya lagi, ini memandangkan  idea itu dicetuskan oleh beliau sendiri pada tahun 2015 sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Difahamkan setakat ini MARA Digital juga telah diwujudkan di Shah Alam, Selangor, Kuantan dan Ipoh.

Malah beberapa tempat juga telah dikenalpasti seperti di Larkin, Johor, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button