Hiburan

Plot Twist filem ‘Vina Sebelum 7 hari’ jadi tanda tanya

BARU-baru ini tayangan filem dari Indonesia yang bertajuk ‘Vina Sebelum 7 hari’ menjadi perbualan dari orang ramai kerana ia merupakan kisah benar malah kematiannya juga dikatakan tragis.

Kini memasuki plot twist terbaru ini kerana Republik Indonesia telah menahan seorang lagi suspek dipercayai merogol serta membunuh Vina iaitu Pegi Setiawan. Suspek turut dipercayai dalam jenayah berkenaan pada 2016.

Menurut Ketua perhubungan Polis jawa Barat Jules Abast, penangkapan Pegi yang dikenali sebagai perong dibuat di jalan kopo Bandung pada pukul 6 petang Rabu lalu.

Suspek yang berusia 30 tahun terbabit dalam perjalanan pulang selepas habis bekerja sebagai buruh binaan di pusat bandar, setakat ini 8 suspek ditahan yang mana 7 daripadanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Manakala seorang lagi dikenakan hukuman 8 tahun, pihak berkuasa juga sedang giat mengesan 2 lagi suspek iaitu Dani berusia 28 tahun dan Andy 31 tahun .

Pihak berkuasa juga menghadapi kesukaran mengesan Pegi yang menyembunyikan diri sejak 2016 kerana suspek sentiasa bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat dengan mengunakan identiti palsu.

Filem Vina mendedahkan dakwaan terdapat manipulasi pada fakta kes selain melibatkan kes keganasan wanita dan kanak-kanak di Cirebon ketika kejadian rogol beramai-ramai dan pembunuhan di jambatan talun berlaku pada 27 Ogos 2016 ketika itu Vina baru berusia 16 tahun.

Selain Vina suspek turut membunuh kekasih remaja itu iaitu Muhammad Rizki, ke situ sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada rakan Vina terlibat dalam pembunuhan kejam terbabit.

Artikle Berkaitan :>

Filem Memoir seorang guru penuh keajaiban walau bajet tidak besar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button