Hiburan

Filem Memoir seorang guru penuh keajaiban walau bajet tidak besar

KARYA sasterawan negara, Allahyarham Azizi Haji Abdullah iaitu Memoir Seorang Guru bakal ditayangkan pada 30 Mei 2024 ini di seluruh pawagam.

Menampilkan pelakon utama dalam filem iaitu Datuk Rosyam Nor membawakan watak utama sebagai Cikgu Sunan.

@suaramerdekamy

Filem Memoir seorang guru merupakan adaptasi dari Allahyarham Azizi Abdullah .. Bakal ditayangkan di seluruh pawagan pada 30 Mei ini..

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Menurut Rosyam Nor, walaupun filem ini dana tidak besar namun ia penuh dengan kejaiban kerana keikhlasan setiap krew produksi yang bekerja.

‘’Banyak benda yang miracle berlaku dalam filem ini dan saya rasa kejujuran seluruh team walaupun dalam kesukaran membuatkan ia berjalan dengan lancar.

‘’Dengan kejujuran kami membawa kisah guru yang mana dalam doa kita selepas ibu bapa saya rasa itu berkat kerja ini dan alhamdulillah lokasi di Perlis adalah satu pemandangan yang cantik.

‘’Pada hari terakhir kami nak shooting under water tak cukup duit, lastlast sekali tak tahu bagaimana yus (krew) pergi cari sampai ke Perak, dapat pula swimming pool orang dah lama tak basuh, air pula tak cukup kami terpaksa menunggu 3 jam tak penuh-penuh, kami call bomba bawa air, ini betul-betul miracle last day’’. Katanya pada sesi sidang media selepas tayangan perdana yang berlangsung baru-baru ini.

Mengisahkan seorang guru panas baran berusia 40-an, Cikgu Sunan telah ditukarkan untuk mengajar di sebuah sekolah di pedalaman.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut hadir ke tayangan perdana

Dia yang juga seorang duda kematian isteri telah membawa bersama anak perempuannya, Kamariah untuk belajar di sekolah berkenaan.

Lebih mencabar, guru besar telah memberinya tugas menjadi guru kelas di kelas paling corot dan tugas paling utamanya adalah untuk memastikan kelasnya itu mencatat keputusan UPSR lebih baik berbanding sebelumnya.
Pada masa sama, terdapat tiga orang pelajar di kelasnya inite Alias, Midun dan Mat yang tina menyukai Cikgu Sunan.

Menampilkan juga, Nabila Huda, Johan Asari, Ellie Suriaty, Jesse LimHariz Hamdan dan beberapa pelakon cilik baru.

Artikle Berkaitan :>

Pemangku Raja Perlis titah ruang perlu diberi kepada guru supaya lebih kreatif demi pengajaran berkesan

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button