Sukan

Nor Haqiem juara golf terbuka amatur Perlis

Nor Haqiem Nor Hadi muncul juara bagi kategori ‘Men Open’ Kejohanan Golf MBSB 18th Perlis Amateur Open 2024 yang berlangsung pada 23 sehingga 25 Mei 2024’ di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat dekat Kangar.

Tempat kedua dimenangi oleh Khairyazmeel Ahmad dan tempat ketiga Ezekiel Riz Hafi Suzearitz.

Bagi kategori ‘Ladies Open’ pula dimenangi oleh Sohniya Candra Mohan, tempat kedua, Nur Ain Qistina dan tempat ketiga Auson Eukonny Wang Ying.

Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah utama kepada para pemenang.

Keberangkatan tiba Baginda yang juga merangkap Presiden KGP Perlis disambut oleh Ketua Bendahari dan Pegawai Pasaran Modal MBSM Bank Berhad, Haji Asrul Hazli Salleh, Setiausaha Kehormat KGPs Hanidon Abdul Hamid dan Kapten KGP Perlis, Datuk Hamdan Bahari.

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) Bank dan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) Berhad merupakan penaja utama kejohanan yang telah disertai seramai 60 orang peserta dari dalam dan luar negara kali ini bernilai RM60,000. Satu upacara persembahan mock cek diadakan daripada Asrul Hazli kepada Baginda Tuanku yang menerima bagi pihak KGPs.

Tahun ini merupakan tahun kedua pihak MBSB Bank bekerjasama dengan KGP, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan Payments Network Malaysia (PayNet). Kejohanan yang pertama telah diadakan pada 6 dan 7 Oktober tahun lalu.

Sementara itu, bagi kategori ‘Men Intermediate A’ Mohd Shaiful Saedin muncul johan, tempat kedua, Nazmi Sabu dan tempat ketiga, Shamsudin Mohammad. Bagi kategori ‘Men Intermadiate B’ pula diungguli oleh Hussin Rejab, tempat kedua Dr. Ahmad Nizan dan tempat ketiga Rudhivaren Logamathan.

Pemenang-pemenang bagi kategori ‘VIP’ pula dimenangi oleh Muhammad Idril Harley Mohd Azizee, tempat kedua, Ahmad Irwan Bahsruddin dan tempat ketiga, Datuk Saiful Amri Ab. Manaf. Hadiah-hadiah bagi kategori ini telah disumbangkan oleh Royal Langkawi Yacht Club melalui Pengarah Eksekutifnya, Azlan Abdullah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button