Nasional

PKPB Putrajaya, KL, Selangor berbaki tiga hari: Sambung atau tidak?

BERBAKI tiga hari sahaja lagi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor akan tamat.

Sama ada PKPB dilanjutkan ataupun tidak, ia bergantung kepada nasihat oleh Kementerian Kesihatan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian sebentar tadi dalam menjawab soalan pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, perbincangan akan diadakan di antara Kementerian Kesihatan dengan MKN bagi dibuat penilaian dan pemantauan di tiga lokaliti berkenaan.

“Ada 3 hari lagi PKPB di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor akan tamat. Sama ada bersambung PKPB atau tidak, perlu pantau situasi dan penilaian perlu dibuat.

“Kementerian Kesihatan akan bagi nasihat kepada sidang khas MKM untuk membuat keputusan. Paling lewat, kita akan tahu sehari sebelum tamat tempoh PKPB, kita akan umum sama ada sambung atau tamatkan,” kata beliau.

Pada sidang media yang sama, Ismail Sabri juga berkata, MKN Selangor mencadangkan untuk menamatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan ke atas asrama pekerja Tropicana. Tempoh PKPD itu tamat pada 25 Oktober ini.

“Walaupun PKPD ditamatkan di asrama pekerja, ia masih tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) negeri Selangor,” ujar beliau.

Bagi negeri Sabah pula, Ismail Sabri berkata, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan PKPB di seluruh Sabah bermula pada 13 Oktober sehingga 26 Oktober.

“Pada ketika ini, Kementerian Kesihatan masih teruskan saringan bersasar kepada penduduk ekoran peningkatan kes positif tinggi yang dikesan di kalangan penduduk.

“Atas cadangan MKN Sabah dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia maka kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB untuk tempoh 14 hari lagi, bermula 27 Oktober sehingga 9 November,” katanya.

Beliau juga berkata, MKN Sabah, atas nasihat Kementerian Kesihatan, bersetuju untuk melaksanakan PKPD di dua lokaliti iaitu di Taman Semerak dan PPR Bal;ung, Tawau.

“Terdapat peningatan kes di Taman Semarak dan PPR Balung, Tawau.  Justeru atas nasihat Kementerian Kesihatan, dalam sidang khas hari ini, kita bersetuju PKPD dilakukan di dua lokaliti tersebut berkuatkuasa mulai 26 Oktober sehingga 10 November.

“PKPD ini membabitkan 4,266 rumah dengan 21,470 orang penduduk.

“Pelaksanaan perintah ini, seluruh penduduk perlu patuhi SOP iaitu tidak dibenarkan keluar kawasan PKPD,” jelas beliau.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, bagi kes-kes kecemasan, sakit dan kematian, adalah dibenarkan keluar kawasan PKPD tetapi perlu kemuka permohonan pergerakan.

Manakala sekolah, masjid dan rumah-rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh PKPB dan tegas Ismail Sabri, tidak dibenarkan individu keluar rumah tetapi ada diberikan kelonggaran kepada pengusaha kedai-kedai runcit yang dibolehkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 6 petang.

Untuk keluar membeli barang keperluaan asas, boleh. Bekalan makanan akan diagihkan kerajaan negeri, dikordinasi pusat kawalan operasi bencana bagi pastikan pematuhan, kata beliau.

Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan disalurkan dalam waktu terdekat dan 10.6 juta penerima bagi kategori isi rumah dan individu bujang akan menerima bantuan.

“Orang ramai akan keluar berpusu-pusu ke bank dan ATM  untuk membuat pengeluaran wang apabila bayaran fasa pertama dibuat. Nasihat saya, patuhilah SOP,” katanya. – SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button