Nasional

Rakyat diseru tingkatkan disiplin, jaga keselamatan diri ketika PKP

RAKYAT negara ini terus diseur agar meningkatkan disiplin diri dalam aspek bukan sahaja mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi juga dalam menjaga jarak sosial di tempat awam.

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar hariannya hari ini berkata, salah satu disiplin yang perlu diterap oleh masyarakat ialah self quarantine atau mengasingkan diri.

ISMAIL SABRI YAAKOB

“Self quarantine ialah disiplin kita selaku rakyat bertanggungjawab. Tanggungjawab untuk lindungi diri sendiri.

“Disiplin kesedaran diri ini juga adalah untuk menjaga keselamatan diri.

“Ini termasuklah mereka yang menggunakan perkhidmatan MRT dan LRT. Jagalah jarak sosial iaitu lebih satu meter antara individu dengan individu lain,” katanya.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung dengan tiadanya penjarakan sosial pengguna pengangkutan awam tersebut.

Ismail Sabri berkata, pihaknya akan berbincang dengan Polis diRaja Malaysia (PDRM) untuk membolehkan, menempatkan anggota PDRM atau agensi lain bagi mengawal keadaan di dalam MRT dan LRT.

Walaupun itu menambahkan lagi beban kerja petugas bahagian hadapan (polis, askar dan Rela) namun sekiranya masyarakat kita masih tidak sedar untuk memberi kerjasama iaitu aspek jarak sosial, apa pilihan lain yang ada?

Menyentuh tentang kuarantin di hotel dan dibenarkan pulang selepas didapati negatif wabak pembunuh itu tidak dibenarkan pulang dalam satu kenderaan bagi sebuah keluarga, begini jawapannya:

“SOP untuk mereka yang dikuarantin dan didapati negatif. Jadi, kalau datang dengan keluarga, keseluruhan keluaran selepas menjalani pemeriksaan kesihatan dan keputusannya masih negatif selepas 14 hari dikuarantin, bolehlah balik bersama keluarga.

“Apabila mereka ini sampai ke rumah, KKM  ada SOP mereka sendiri selepas mereka ini pulang ke rumah.“

Berhubung dengan perkhidmatan e-hailing berbentuk bazar, jelas pendirian kerajaan adalah tegas dan tidak berubah.

Kata Ismail Sabri, misalnya ada 50 bazar sekelompok yang menggunakan perkhidmatan e-hailing. Itu tidak boleh dilakukan dan tidak dibenarkan.

“Gerai-gerai seperti tu tidak dibenarkan tetapi perniagaan yang bukan berkelompok dan menggunakan perkhidmatan e-hailing biasa yang seperti sekarang sedang dilaksanakan, boleh diteruskan seperti biasa,” katanya. – SM

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button