Nasional

13 pusat akademi penjara menjadi pusat tahanan pesalah PKP

MENTERI Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, 13 pusat akademi penjara menjadi pusat tahanan kepada pesalah-pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saranan dan keputusan membuka 13 pusat akademi penjara sebagai pusat tahanan PKP adalah bagi mengatasi masalah kebanjiran banduan di penjara-penjara sedia ada.

Keputusan itu terpaksa diambil kerana sikap masyarakat negara ini yang masih memandang mudah terhadap PKP yang masuk fasa ketiga, hari ini.

Masih ramai yang berdegil dan melanggar PKP dengan semalam,  seramai 9,702 individu ditangkap kerana melanggar PKP.

Dalam sidang akhbar hariannya, Ismail Sabri b erkata, Kerajaan dan PDRM tidak akan bertoleransi dengan sesiapa yang masih berdegil.

“Tindakan tegas diambil terhadap sesiapa sahaja yang tidak patuhi arahan pihak berkuasa. Jadi, kita perlu kerjasama semua pihak,” katanya.

Memberi pencerahan tentang timbul isu terlalu ramai ditangkap, tiada pemberian kompaun sebaliknya dibawa ke mahkamah, berikut jawapan Ismail Sabri:

“Mereka yang dibawa ke mahkamah, dihukum penjara dan timbul pula isu penjara terlalu sesak. Jarak sosial tidak dapat dilaksanakan.

“Mesyuarat membuat keputusan, Kementerian Dalam Negeri mewartakan, 13 akedemik penjara sebagai pusat tahanan yang baharu untuk pesalah yang engkar PKP dan berkaitan dengannya.

“13 pusat akademik penjara ditukar kepada pusat tahanan dan selesai isu penjarakan sosial.

“Walaupun pusat akademi penjara sebagai pusat tahanan, kerajaan dan undang undangnya tetap sama sahaja dengan penjara biasa. Tak ada makanan mewah. Tetapi ikut SOP penjara biasa.”

Beliau berkata, pihak perundangan akan dibincangkan bersama oleh PDRM, Peguam Negara dan jabatan berkaitan.

Setakat ini jumlah individu yang melanggar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus meningkat walaupun sudah memasuku fasa ke tiga pelaksanaannya sejak Mac lalu.

Pada hari pertama, PKP fasa ketiga dilaksana seperti diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu menandakan negara masih lagi berhadapan dengan Koronavirus (Covid-19).

[BACA] PKP: Rakyat diseru tingkatkan disiplin, jaga keselamatan diri — Suara Merdeka

Namun, individu berkenaan seolah-olah tidak takut dengan jangkitan penyakit itu sehingga sanggup melanggar PKP yang diperintah oleh kerajaan bagi mengekang pandemik berkenaan.

Jumlah berkenaan adalah hasil daripada operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

Sebanyak 813 sekatan jalan raya dilakukan dan 558,548 jumlah kenderaan diperiksa.

Selain itu, sebanyak 56,052 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,364 premis diperiksa oleh pihak berkuasa. – SM

 

(Visited 945 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button