fbpx
BeritaNasional
Trending

PKP: Dakwa guna ‘cable IGP’ untuk lepas sekatan jalan raya

TIDAK habis lagi cerita salah guna pas ‘PETUGAS KESIHATAN’ semalam, timbul pula dakwaan guna ‘cable’ untuk melepasi sekatan jalan raya.

Hal demikian susulan cubaan melepasi sekatan jalan raya untuk pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

[BACA] Yuran Taska: Kerajaan perlu ambil tindakan – PPIM — Suara Merdeka

Tular dalam media sosial sejak malam tadi ciapan seorang pengguna Twitter mendakwa bapanya mempunyai hubungan dengan Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Justeru, ciapan @aznieafiza (Aznie Afiza) mendakwa mendapatkan bantuan Abdul Hamid menerusi bapa bagi membolehkannya pulang ke kampung di Kuantan.

Menerusi tangkap layar yang ditularkan netizen, dia yang tinggal di Kuala Lumpur turut mendakwa sekadar mencuba nasib.


“Hari ini mood swing sikit, petang tadi cakap dekat mama papa nak balik Kuantan.

“Kemudian papa telefon IGP sebab itu kawan dia, tetapi tidak berjawab.

“Mungkin dia tak boleh jawab panggilan sebab terlalu ramai orang minta tolong ketika covid ini kot… cuba nasib kalau ‘cable’ ini membantu,” ciapnya.

CABLE

Bagaimanapun, dia kemudian memuatnaik video memaparkan pemanduannya di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak menghala ke Pantai Timur.

Justeru, tindakan Aznie mendapat kecaman pengguna media sosial yang mendakwanya menggunakan kuasa orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

CABLE

[BACA] Covid-19: Bilangan kes baharu terendah 69 orang, 56.50 peratus sembuh — Suara Merdeka
[BACA] Dr. Noor Hisham balas surat kanak-kanak beri gelang getah — Suara Merdeka

“Sibuk paparkan kertas suruh orang stay at home, tetapi diri sendiri ada mood swing ketika PKP, telefon papa mama minta tolong KPN nak lepas PKP balik kuantan. Berlagak dan pentingkan diri sendiri,” komen Fuzz Fadhilah.

CABLE

“Esok, dia cakap cuma bergurau. Jara rumah dia ke Kuantan dalam 10 kilometer. Kemudian minta maaf. Lepas itu, buat laporan polis. Kemudian saman siapa yang tularkan,” sindir Fuhpheqfuh Patpheq.

“Bangga ada ‘cable’, harap keluarga dia boleh tukar dari kecam kepada dipuji netizen oleh tindakan dia ini,” luah Suria Azizan.

“Aku rasa ‘attention seeker’ sahaja ini. Mahu promosi dia sebagai ejen insurans. Nanti pasti dia beritahu gurau sahaja,” kta Wan Afiq Azri.

Walau bagaimanapun, tinjauan wartawan Suara Merdeka di Twitter mendapati akaun tersebut sudahpun ditutup.

Semalam Suara Merdeka melaporkan terdapat segelintir individu mengambil mudah PKP dengan menyalahgunakan pas ‘PETUGAS KESIHATAN’ bagi melepasi sekatan jalan raya.

Selain itu, turut tular alasan ‘hantar anak ke hospital’ dan ‘anak tiada orang jaga’ digunakan untuk melepasi pemeriksaan polis dan tentera ketika PKP.

Justeru, perkara sedemikian mendapat perhatian Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan orang ramai supaya jangan berlagak ‘hero’ apabila boleh melepasi sekatan jalan raya.

[BACA] PKP: Salah guna pas ‘PETUGAS KESIHATAN’ — Suara Merdeka
[BACA] Amaran: Jangan bermegah, rasa diri hero langgar PKP — Suara Merdeka

Dalam pada itu, portal MalaysiaGazette melaporkan polis mengenal pasti keluarga yang menularkan gambar berjaya melepas sekatan jalan raya selepas menipu mahu membawa anak ke klinik. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button