Nasional

Yuran Taska: Kerajaan perlu ambil tindakan – PPIM

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap keputusan pembayaran yuran Taska ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Hal demikian ekoran rungutan ibu bapa yang terpaksa membayar yuran Taska atau pusat asuhan pada kadar yang sama seperti biasa walaupun tidak menghantar anak.

[BACA] Dr. Noor Hisham balas surat kanak-kanak beri gelang getah — Suara Merdeka

Malah, terdapat juga sebilangan pengusaha atau pemilik yang menawarkan diskaun. Tetapi, jumlahnya masih tidak berbaloi.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, kerajaan perlu membuat sesuatu kerana budibicara tidak mampu menyelesaikan perkara ini.

“Susulan aduan diterima, kita berbincang dengan pemilik atau pengurus Taska dan pusat asuhan.

“Namun mereka memberi pelbagai alasan termasuklah kos sewa, gaji pekerja dan insurans yang perlu ditanggung ketika PKP sedang berkuat kuasa. Jadi, mereka enggan kecuali atau kurangkan bayaran,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

YURAN TASKA
NADZIM JOHAN

Semalam, Suara Merdeka melaporkan ibu bapa mengeluh apabila pengurusan Taska dan pusat asuhan enggan mengurang atau mengecualikan yuran bagi bulan April 2020.

Menurut mereka, pengurangan atau pengecualian yuran perlu diberi memandangkan guru dan pengusaha Taska turut mendapat limpah daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

[BACA] PKP: Salah guna pas ‘PETUGAS KESIHATAN’ — Suara Merdeka
[BACA] PKP: Yuran Taska tetap kena bayar — Suara Merdeka

Bagaimanapun, terdapat sebahagian pemilik dan pengurus Taska mengambil memahami situasi PKP dan mengecuali atau mengurangkan bayaran sehingga 50 peratus.

Tambah Nadzim, dalam hal ini sama ada pengurusan Taska atau ibu bapa perlu bertindak tegas, tetapi itu tidak berbaloi.

Katanya, pilihan sama ada ibu bapa perlu membayar seperti ditetapkan pengurusan.

Atau tidak lagi menghantar anak mereka ke Taska yang sama.

“Tetapi tidak berpadanan kerana itulah kemudahan yang berdekatan dengan rumah atau tempat kerja untuk menghantar anak masih kecil.

“Masalah tidak lagi boleh selesai melalui budibicara, kerajaan kena lalukan sesuatu kerana tidak berbaloi kena bayar penuh tetapi mereka tidak menerima perkhidmatan,” ujarnya.

Terdapat lebih 3,200 Taska dan pusat asuhan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara.

[BACA] Artis Korea Baekhyun teruk dibelasah beramai-ramai — Suara Merdeka
[BACA] Tiga lelaki dihukum penjara, denda bermain golf ketika PKP — Suara Merdeka

Ekoran pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Taska dan pusat asuhan antara premis yang tidak dibenarkan beroperasi.

Langkah berkenaan bertujuan mengekang penularan wabak Koronavirus (Covid-19). – SM

(Visited 614 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button