Nasional

PKP 3.0 : Kerajaan tambah Geran Khas Prihatin jadi RM1,500

KERAJAAN menambah Geran Khas Prihatin bagi membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebanyak RM500 menjadi RM1,500.

Insiatif itu bagi memastikan kelangsungan perniagaan khususnya kepada PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin itu membolehkan hampir satu juta PKS dan perusahaan mikro a menerima RM1,000 pada pertengahan Jun ini. Manakal baki RM500 ringgit akan disalurkan pada bulan Julai.

Peniaga juga boleh memohon pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja sebanyak 1.5 bilion ringgit dengan kadar pembiayaan serendah 3 peratus.

Pembiayaan mikro kredit tersebut disedikan oleh Bank Simpanan Nasional, Tekun Nasional, Majlis Amanah Rakyat, SME Corp. dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

“Dana institusi perbankan telah dimantapkan lagi melalui pelbagai fasiliti pinjaman mudah PKS pembiayaan BNM yang masih berbaki RM5 bilion ringgit.

“Untuk menyokong lagi PKS, BNM akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion ringgit.

“Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5 peratus yang masih tersedia adalah sebanyak RM7 bilion,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan atau Pemerkasa Plus bernilai RM40 bilion berikutan pelaksanaan PKP3.0.

Sementara itu, Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing.

Bantuan berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.

Kerajaan turut melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas selama 3 bulan lagi.

Pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan layak menerima diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus antara bulan Julai hingga September ini.

Kerajaan juga bersetuju memberi potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS sehingga 31 Disember bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa semasa.

Pelanjutan sehingga 31 Disember 2021 bagi pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel masih berterusan.-SM

 

 

 

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button