BeritaPendidikanRencah Hidup

PK SK Desa Pandan arah kantin tutup, tak boleh bawa botol air

ADAKAH sudah sampai masanya pendidik, guru, cikgu, pensyarah cari publisiti murahan? Minggu lepas tular pensyarah UiTM, Roshana Takim yang hina pelajarnya sendiri dan jijik dengan golongan B40.

Hari ini, kenyataan Penolong Kanan (PK) HEM Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pandan, Noor Ainon yang memberi peringaan kepada ibu bapa jika anak-anak tidak berpuasa, harap dapat pastikan anak bersarapan di rumah sebelum datang ke sekolah kerana KANTIN TUTUP.

Botol air juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah sepanjang bulan Ramadan ini secara terang-terangan. Kalau bawa botol air minuman, kena sorok dalam beg sekolah.

Hebat PK HEM SK Desa Pandan, Noor Ainon ini mahu mendisiplinkan anak-anak murid agar berpuasa dari umur 7 tahun.

Mendisiplin dan memaksa adalah kaedah yang digunapakai oleh Noor Ainon kerana secara tidak langsung, ada dalam kalangan kanak-kanak sekolah yang mungkin tidak tahan berpuasa.


Melainkan umur mereka 10 tahun ke atas, kalau tak puasa, memang meminta nak kena rotan oleh ibu bapa. Itu memang kita semua sudah sedia maklum.

Kalau SK iaitu sekolah kebangsaan yang rata-rata pelajarnya beragama Islam, PK Noor Ainon tidak perlu bersikap ekstrem dan melampaui batas.

Memang benar kita mendidik, umpama melentur buluh biar dari rebung. Kalau dah jadi buluh, buat bakar lemang ajela ya.

Tapi kaedah melatih murid-murid agar berpuasa dan menghormati orang yang berpuasa yang digunapakai oleh PK Noor Ainon ini amat tidak bertepatan.

Jauh sekali berhemah kerana mana ada ibu bapa atau penjaga yang beragama Islam, tidak mahu anak-anaknya berpuasa di bulan Ramadan?

Rakan-rakan yang bukan beragama Islam juga memahami untuk tidak makan dan minum di hadapan rakan-rakan beragama Islam.

Penulis dari sekolah Convent dan rakan-rakan yang bukan beragama Islam, memang menyorok-nyorok kalau nak minum waktu recess.

Makan? Mereka tidak makan secara terbuka kerana memahami dan menghormati penulis dan rakan-rakan Melayu lain yang berpuasa.

PK Noor Ainon perlu ubah pendekatan mendidik bukan memaksa. Memujuk bukan mengugut. Melentur bukan menggunakan kegarangan dan bengis.

Kita mahu anak-anak menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara dan PK Noor Ainon pastinya mahu dikenang sebagai seorang PK yang berhemah, berbudi bahasa dan disayangi pelajar kerana sikap lemah lembut secara ikhlas yang ada dalam diri seorang pendidik. – SM

(Visited 371 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button