BeritaPendidikan

MPP POLIMAS sedia laksana tanggungjawab, amanah

MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) 2022 diingatkan agar bersedia menunaikan tanggungjawab dan amanah dalam menjaga kebajikan penuntut di kampus itu.

Pengarah POLIMAS, Kamaludin Daud berkata, sebagai sebuah organisasi yang telah dipilih oleh pelajar, mereka sewajarnya sentiasa prihatin dan mengambil kira keperluan pelajar dalam usaha menyediakan suasana kondusif di pusat pengajian tinggi ini.

Jelasnya, MPP merupakan penghubung antara pengurusan politeknik dengan pelajar dalam menyalurkan maklumat khususnya melibatkan permasalahan yang dihadapi mereka.

Tambahnya, setelah dipilih oleh pelajar sebagai pemimpin dan selaku pemimpin perlu menjalankan tugas dan menghargai undi yang diberikan mereka.


“Dengan kuasa yang ada, MPP perlu mengambil tahu tentang mereka dan maklumkan pada pihak kami supaya dapat memenuhi keperluan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, POLIMAS, Jitra, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik , Salmiyah Che Ahmad , Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr Mhd. Azmin Mat Seman dan Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Muhamad Nasir Zain.

Sementara itu, 30 anggota Exco MPP yang diketuai Yang Dipertua, Nik Muhamad Faris Nik Mohd Fadzil menerima watikah pentauliahan sebagai Exco MPP POLIMAS yang disampaikan oleh Kamaludin Daud.

Dalam ucapannya, Nik Muhamad Faris berkata dengan barisan yang ada akan mencuba sebaik mungkin untuk memenuhi harapan pihak pengurusan dan juga janji kepada pelajar seperti mana dalam manifesto pilihanraya kampus yang lalu.

“Kami berjanji untuk meningkatkan imej POLIMAS dan menjaga kebajikan pelajar,” katanya. – SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button