Nasional

Pelitup muka bukan perubatan perlu pensijilan Sirim mulai 4 Julai

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa 4 Julai, pengeluar dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mesti memohon pensijilan dan pelabelan MS Sirim daripada Sirim QAS International Sdn Bhd.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata keputusan itu susulan pewartaan Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan) Perintah Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 hari ini.

Menurut kementerian itu, langkah itu bagi memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dikeluarkan dalam negara atau diimport mematuhi piawaian keselamatan.

“Label MS Sirim mesti diletakkan pada kotak atau bungkusan dan mesti mudah dilihat oleh pengguna.

“Label MS Sirim menunjukkan bahawa produk pelitup muka bukan perubatan telah memenuhi piawaian, berkualiti dan selamat digunakan,” katanya.

Kementerian berkata pewartaan itu adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan mereka.

Di samping itu, ia berharap dengan pematuhan piawaian oleh pengilang dan pengimport, isu lambakan pelitup muka bukan perubatan berkualiti rendah di pasaran Malaysia akan dapat diselesaikan.

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button