Politik

Siapa PH pilih untuk jadi Perdana Menteri ke-9

ADAKAH kemelut pemilihan Perdana Menteri ke-9 (PM9) dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat? Siapa yang PH akan pilih?

Walaupun masih tidak nampak bayang penyelesaian itu, namun kepimpinan dalam PH seolah-olah menyambut Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9.

BACA > PKPP: Polis keluarkan 15,000 saman trafik setiap hari — Suara Merdeka

Hal demikian ekoran Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini pernah menawarkan diri untuk kembali menjawat kerusi panas itu dalam masa beberapa bulan.

Malah, beliau bersetuju untuk mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya.

Bagaimanapun, lapor portal Malaysiakini, Anwar menolak tawaran itu dan memaklumkan akan menjadi calon Perdana Menteri.

Beliau dikatakan yakin dengan peluang itu, namun berhati-hati.

BACA > Pengedar Volkswagen Malaysia turunkan harga kereta — Suara Merdeka

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan teka-teki tersebut dijangka terjawab pada Selasa hadapan.

Menurutnya, satu mesyuarat akan diadakan antara pemimpin parti komponen dalam PH termasuk PH Plus.

FAHMI FADZIL

“Selepas ini akan ada satu lagi pertemuan, Di peringkat PH dan PH Plus ada pengumuman dalam masa seminggu daripada mesyuarat tempoh hari.

“Hari ini majlis pimpinan PH mesyuarat selepas daripada mesyuarat Bersatu yang berpihak kepada Dr. Mahathir dan Warisan. Ini adalah mesyuarat susulan,” jelasnya.

Terdahulu, Anwar dan Dr. Mahathir dilaporkan masih bercakaran.

BACA > Mahathir mahu ambil tindakan perundangan terhadap Muhyiddin — Suara Merdeka

Mereka berdua kemudian diminta bersara daripada dunia politik bagi menjamin keamanan negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button