Politik

Perwakilan import: KJ jangan main tuduh-tuduh

PERSIDANGAN membahas usul ucapan dasar Presiden UMNO hari ini cuba dipanaskan oleh Khairy Jamaluddin yang mendakwa ada perwakilan import yang duduk di dalam dewan bersama-sama dengan para perwakilan yang lain.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, dakwaan Khairy (KJ) ini tidak benar.

“Saya ada dalam Dewan Merdeka sekarang, tidak ada perwakilan import seperti yang dituduh atau difitnah KJ.

“KJ pastinya tahu, setiap perwakilan di dalam Dewan Merdeka yang mewakili bahagian masing-masing kenal sesama sendiri yang duduk di barisan kerusi mereka atau siapa yang duduk di sebelah mereka.

“Jika ada orang yang mereka tidak kenal atau tidak sepatutnya berada di situ, mereka akan tahu dan pemeriksa-pemeriksa pas pun akan tahu.

“Saya sarankan dengan segala hormatnya supaya KJ datang sendiri ke Dewan Merdeka sekarang dan tunjuk mana satu perwakilan import yang didakwanya.

“Jika tidak, saya harap KJ dapat meminta maaf kepada semua perwakilan-perwakilan UMNO di sini kerana telah menuduh mereka diimport,” kata Isham panjang lebar menerusi catatannya di media sosial.

Isham juga menuntut agar KJ meminta maaf kepada pemeriksa-pemeriksa pas dan skuad sabil Pemuda kerana telah menfitnah mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Fitnah itu lebih teruk dari membunuh,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button