Sukan

Permulaan positif Lee Zii Jia di Terbuka Indonesia

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia bermula positif dengan mencatat kemenangan dalam Terbuka Indonesia pada Selasa.

Beliau menewaskan pemain nombor 21 dunia dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long 21-17, 21-16 pada pusingan pertama di Istora Gelora Bung Karno di Jakarta.

Ia merupakan kemenangan keenam Zii Jia ke atas Angus dalam 10 pertemuan dan melebarkan rekod tanpa kalah menentangnya tahun ini kepada empat perlawanan.

Juara Terbuka Thailand itu turut menerima rangsangan lain selepas naik dua anak tangga ke No. 7 dalam ranking dunia terkini.

Zii Jia seterusnya akan berdepan sama ada pemain China, Weng Hongyang atau pemain India, Kiran George untuk tempat ke peringkat lapan terakhir.

Sementara itu, pasangan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Taiwan, Sung Shuo-yun-Yu Chien-hui 21-19, 22-20.

Pearly-Thinaah seterusnya akan menentang sama ada pemain tuan rumah Apriyani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti atau Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button