Jenayah

Atuk Zayn Rayyan sudah lantik peguam baru

ATUK kepada kanak-kanak lelaki autism, Zayn Rayyan Abdul Mattin telah melantik peguam baharu bagi mewakili ibu bapa Zayan yang kini sedang dalam tahanan reman.

Menurut Harian Metro, datuknya bernama Zahri Mohd Reba mengesahkan latikan peguam itu sudah dilakukan.

“Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” katanya yang mengesahkan sudah melantik peguam baru.

Sebelum ini Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

 

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.

 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.

Peguam Mahmud tidak lagi wakil kes ibu bapa Zayn Rayyan

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua lagi dipanggil beri keterangan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button