Nasionalpilihan

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua lagi dipanggil beri keterangan

Polis yang menyiasat kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin telah memanggil tiga orang lagi, termasuk pengasuh kanak-kanak berusia enam tahun itu, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga mereka memberi keterangan di ibu pejabat polis Petaling Jaya hari ini.

“Selain pengasuh, dua lagi yang direkodkan keterangan mereka adalah ahli keluarga pengasuh,” katanya seperti yang dipetik dari FMT.

Tambah Hussein, beberapa lagi saksi mungkin akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Zayn dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu sebelum mayatnya ditemui sehari kemudian kira-kira 200 meter dari rumahnya di Damansara Damai.

Sebelum ini dilaporkan bedah siasat mendedahkan tanda-tanda luka mempertahankan diri, manakala punca kematian adalah kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik. Kes sedang disiasat kerana membunuh.

Jumaat lalu, polis menahan ibu bapa Zayn sebelum meletakkan mereka di bawah perintah reman sehingga 7 Jun.

Pada Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Zain berkata, polis telah merekodkan keterangan lebih 200 orang berhubung kes itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button