Politik

AMK harap orang muda dipilih jadi calon di PRK Sungai Bakap

Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mencadangkan beberapa nama calon berpotensi yang dapat mewakili suara golongan muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan datang.
Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata. satu mesyuarat khusus antara AMK dan Pemuda Kerajaan Perpaduan juga akan diadakan pada malam ini bagi membincangkan mengenai PRK DUN Sungai Bakap.
“Setiap pihak dalam parti memang akan sentiasa diberikan peluang untuk memberi pencalonan mewakili sektor masing-masing. Itu bukan satu perkara yang akan kami risaukan.
“Pada masa sama, kita ada disiplin bahawa kita sentiasa beri sokongan yang penuh kepada mana-mana calon yang telah pun dipilih oleh parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Pulau Pinang di Dewan Konvensyen Seberang Perai (SP) Arena, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memaklumkan perbincangan calon masih dalam proses dan parti akan menentukan calon secara muktamad.
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.
Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN terbabit. –SM
(Visited 10 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button