
Perlukah Mem*ndan di AJL?- Netizen
DALAM sebuah video yang tular, beberapa influencer lelaki dilihat mengenakan busana yang menyerupai pakaian wanita dan menggayakannya dengan penuh keyakinan di acara red carpet AJL 39.
Tindakan influencer ini menimbulkan kemarahan netizen yang berpendapat bahawa perkara ini tidak seharusnya dinormalisasikan, apatah lagi ia dilarang dalam perspektif agama.
Sebagai reaksi, ada juga pihak yang meminta agar Menteri Agama dan JAKIM lebih peka dan memantau isu ini dengan lebih serius. Isu ini turut mendapat perhatian daripada seorang ahli akademik, Dr. Ahmad Sanusi Azmi, yang menyatakan di Facebook bahawa terdapat hadis yang jelas melarang perbuatan songsang dan luar tabi’i dalam Islam.
Rasulullah SAW telah mengingatkan kita agar menjauhi segala bentuk perbuatan yang mengelirukan penampilan diri, malah baginda melaknat mereka yang berpakaian bercanggah dengan jantina asal mereka.
Sabda Rasulullah SAW:
“Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpenampilan dengan pakaian lelaki.” (HR Abu Daud)