Politik

Perkhimatan polis pengiring Najib dibatalkan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan polis pengiring trafik bermotosikal untuk bekas Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak ditamatkan berkuatkuasa serta merta.

Notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia itu bertarikh 4 November memaklumkan perkhidmatan kepada Najib ditamatkan pada 5 November.

“Dimaklumkan bahawa penugasan outrider tetap (pengiring trafik bermotosikal) YB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak mantan Perdana Menteri ke-6 ditarik balik berkuatkuasa 5 November 2019,” tulis notis tersebut.

Notis yang ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah Urusetia/Kawalan Lalulintas, Supt. Gan Chip Po itu bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan mengapa perkhidmatan kepada Najib dibatalkan.

Notis penamatan perkhidmatan yang ditujukan kepada Pegawai Khas Najib, Mohamad Shahril Mohamad Arifin itu juga tular di media sosial.

Sementara itu aktivis Barisan Nasional, Isham Jalil yang berkongsi notis tersebut di Facebook beliau memohon rakyat memudahkan urusan PM ke-6 itu di atas jalan raya.

“Sekiranya anda penyokong Dato’ Seri Najib, mohon berilah laluan kepada kenderaan Dato’ Seri Najib.

“Untuk memudahkan urusan dan perjalanan beliau dalam berkhidmat untuk rakyat dan berkempen untuk BN untuk menyemak-imbang kerajaan,” kata Isham.

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button