Nasional

Kerajaan PH jangan lakukan perkara bodoh

BEKAS pemimpin negara perlu dilayan secara sopan dan bukannya berdasarkan dendam.

Bekas Perdana Menteri mesti diberikan perlindungan pengawal peribadi dan pengiring polis.

Oleh itu kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya jangan bodoh dengan bertindak berdasarkan dendam.

“PH tidak boleh dendam dan berhati kecil. Bekas PM mesti diberi perlindungan asas pengawal peribadi dan pengiring polis.

“Jangan lakukan perkara bodoh hanya kerana orang lain telah melakukannya sebelum ini.

“Belajarlah untuk menanamkan kesopanan dalam cara kita memperlakukan pemimpin kita dahulu,” kata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim di twitter.

Zaid mengulas Perkhidmatan polis pengiring trafik bermotosikal untuk bekas Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta.

Notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia itu bertarikh 4 November memaklumkan perkhidmatan kepada Najib ditamatkan pada 5 November.

“Dimaklumkan bahawa penugasan outrider tetap (pengiring trafik bermotosikal) YB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak mantan Perdana Menteri ke-6 ditarik balik berkuatkuasa 5 November 2019,” tulis notis tersebut.

Notis yang ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah Urusetia/Kawalan Lalulintas, Supt. Gan Chip Po itu bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan mengapa perkhidmatan kepada Najib dibatalkan. – SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button