PERKHIDMATAN feri bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi terpaksa dihentikan pada 1 dan 2 Mac depan.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Dr Baharin Baharom berkata, ini berikutan keadaan paras air laut di alur Pelayaran Kuala Perlis di bawah 1.6 meter pada dua tarikh tersebut..
“Ini memungkinkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri maka atas alasan ini kita tutup perkhidmatan pada dua hari berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan Langkawi – Kuala Kedah – Langkawi pada 1 dan 2 Mac 2023.
Katanya, semakan dan tempahan tiket atas talian boleh dilakukan melalui aplikasi “Cuti-Cuti Langkawi”. – SM