Luar Negara

Perdana Menteri Britain namakan anak sempena dua doktor merawatnya

COVID-19: Borris Johnson hargai jasa 'frontliners'

PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson dan pasangannya, Carrie Seymonds mengumumkan nama anak mereka “Wilfred Lawrie Nicholas Johnson.”

Memetik laporan BERNAMA hari ini, apa yang istimewanya ialah nama “Nicholas” diambil sempena nama dua orang doktor yang merawat Johnson setelah dijangkiti wabak COVID-19 iaitu Dr. Nick Price dan Prof. Nick Hart.

Johnson dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital St Thomas, London, United Kingdom bulan lalu setelah disahkan dijangkiti COVID-19.

Dr. Price merupakan Pengarah di St Thomas’ NHS Foundation Trust manakala Prof. Hart merupakan pengarah bahagian respiratori dan penjagaan kritikal.

Nama bayi Johnson dan Seymonds diumumkan oleh Seymonds menerusi akaun Instagram semalam (Sabtu).

Selain itu, menurut Seymonds, anak yang dilahirkan pada Rabu lalu diberi nama “Wilfred” iaitu nama datuk kepada Johnson manakala “Lawrie” pula merupakan nama datuknya sendiri.

Dalam pada itu, Johnson merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada doktor di hospital berkenaan yang menyelamatkan nyawanya tanpa sebarang persoalan.

“Sebenarnya doktor sudah mula untuk mengumumkan waktu kematian saya kerana hampir tewas melawan coronavirus.

“Saya diberi berliter-liter oksigen untuk terus bernafas. Keadaan saya sangat teruk dan saya sedar ada perancangan luar jangka yang akan dilakukan,” katanya.

Pada masa yang sama, Dr. Price dan Prof. Hart menyatakan rasa teruja atas penghormatan setinggi itu yang diberikan kepada mereka.

“Ini adalah penghargaan yang hebat dan kami mengucapkan agar keluarga baharu itu dilimpahi kebahagiaan dan kesihatan yang baik,” kata mereka berdua. – SM

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button