Nasional

Warga emas antara lima yang didenda RM1,000 ingkar PKP

LIMA lelaki termasuk dua warga emas masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu menunaikan solat secara berjemaah di sebuah surau.

Aziz Ali, 67, Muhamad Yahya Ibrahim, 53, Sulaiman Salleh, 60, Zairiafizan Sulaiman 37, dan Zulkifli Abu Bakar, 59, mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.

Mengikut pertuduhan, kelima-lima mereka didapati berhimpun bagi maksud menjalankan aktiviti keagamaan iaitu solat berjemaah di sebuah surau di Kijal, di sini, pada 9 malam, 30 April lepas.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atu penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button