JenayahNasionalNegeri

Penjawat awam ditipu ‘phone scam’ lebih RM600,000

SEORANG penjawat awam kerugian lebih RM600,000 akibat diperdaya sindiket ‘phone scam’ selepas menerima panggilan daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘pekerja Pos Laju’.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, ACP Mohd Asri Shafie berkata, suspek memaklumkan terdapat satu bungkusan atas nama mangsa yang mengandungi lima kad mesin juruwang automatik (ATM).

“Mangsa menafikannya sebelum panggilan disambungkan kepada individu lain kononnya pegawai polis dari IP Perak.

“Suspek itu kemudian memberitahu mangsa turut terlibat dalam kes berkaitan dadah dan pengubahan wang haram dan diminta memberi maklumat perbankan bagi mengelak ditangkap.

“Dia juga diminta memindahkan wang yang ada dalam akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Asri berkata, mangsa yang ketakutan kemudiannya melakukan beberapa transaksi pindahan wang ke enam akaun yang diberikan oleh suspek sejak 7 Jun sehingga 4 Julai lalu.

“Semua wang yang dipindahkan berjumlah RM677,565 sebelum dia menyedari ditipu apabila membuat semakan di aplikasi Semak Mule semalam.

“Mangsa hadir membuat laporan polis bagi tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – SM

BACA Public Bank Perkukuh Ciri-ciri Keselamatan Perbankannya Untuk Menangani Scam dan Penipuan

BACA Public Bank Perkukuh Ciri-ciri Keselamatan Perbankannya Untuk Menangani Scam dan Penipuan

 

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button