Nasionalpilihan

Penjawat awam di luar negara kuasai dan guna bahasa asing akan terima elaun bulanan

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu berkuatkuasa 1 Januari 2023 selaras dengan keperluan menjalankan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan dengan negara lain.

Ismail berkata demikian dalam ucaptamanya sempena Persidangan KetuaKetua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke9 (HOMC9) yang dilakukan secara maya.

Ulas Ismail lagi, tindakan itu merupakan satu perkara yang penting kerana banyak negara maju yang mendaulatkan bahasa ibunda.

Dalam masa sama, Ismail menyeru seluruh Keluarga Malaysia agar memberikan komitmen untuk melaksanakan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan membuktikan bahasa ibunda kita tidak mengekang kemajuan negara.

Usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu di persada dunia merupakan dasar Kerajaan dan salah satu fokus di dalam Kerangka Dasar Luar Negeri, iaitu Diplomasi Bahasa dan Kebudayaan.

Saya telah mengarahkan supaya semua urusan suratmenyurat menggunakan Bahasa Melayu, termasuk yang
melibatkan
urusan luar negara,” katanya.

Kongsi Perdana Menteri lagi, beliau sendiri telah mengutus surat kepada pemimpinpemimpin dunia yang ditulis dalam Bahasa Melayu dengan disertakan terjemahan Bahasa Inggeris.

Begitu juga penggunaan Bahasa Melayu sewaktu penyertaan beliau dalam pelbagai mesyuarat antarabangsa yang lain.

Kerajaan turut menggalakkan diplomat kita untuk menguasai bahasa asing selaras dengan keperluan menjalankan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan dengan negara lain.

“Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka, berkuatkuasa 1 Januari 2023,” katanya.

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button