Ekonomi

Kafe pertama Blackbixon Kuala Lumpur dibuka secara rasmi

KUALA LUMPUR, 6 Sept.– BlackBixon2Go Sdn. Bhd. (BB2GO), pemilik Blackbixon Cafe & Restaurant membuka cawangan pertamanya di sini.

BB2GO merupakan anak syarikat Ni Hsin Group Berhad, membuka cawangannya di Jalan Inai Jalan Tun Razak dengan berkeluasan
keseluruhan 5,993 kaki persegi.

Kapasiti kafe dan restoran mampu memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa berlatarbelakang pemandangan langit Kuala Lumpur yang menakjubkan.

Pengarah Urusan BB2GO, Khoo Chee Kong berkata, pihaknya merancang bertahun-tahun untuk melihat kewujudan kafe ini
bermula dengan pengedaran minuman kopi yang sihat – varian tenaga, pemakanan dan asli – di bawah konsep ‘café@home @office @anywhere’ membawa kepada pelanggan kemudahan menikmati secawan kopi sihat di mana-mana sahaja.

“Tidak berpuas hati dengan memberikan kemudahan kepada pelanggan kami untuk membancuh kopi mereka sendiri, kami mengambil langkah lebih jauh untuk menghidangkan kopi panas segar kepada mereka di lokasi yang sesuai di sekitar bandar.

“Di situlah penunggang motosikal barista BB2GO kami bersinar, menyajikan kopi daripada BB Coffee Bikes kami, iaitu motorsikal elektrik (EV Bikes) yang kuasa baterinya juga digunakan untuk mengendalikan mesin kopi. Ini menjadikan EV Bikes kami sebagai motorsikal kopi mudah alih serba lengkap yang hijau dan mampan alam sekitar.” katanya di majlis perasmian dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Datuk Sri Ti Lian Ker.

Sempena dengan pembukaan BlackBixon Café & Restaurant, BB2GO juga memasukkan beberapa ikon sukan hebat ke dalam Dewan Kemasyhuran Sukan BlackBixon.

Antaranya adalah Datuk Santokh Singh, Datuk Minarwan Nawawi, Karamjit Singh, M. Kumaresan, Muhammad Roslin Hashim dan Muhammad Hafiz Hashim.

Menurit Chee Kong, kopi istimewa BlackBixon dibancuh daripada biji arabika premium yang dipilih khas dari ladang-ladang kopi yang terbaik di Rwanda dan Brazil.

“Hidangan istimewa dan minuman istimewa dicipta oleh chef dan barista kami sendiri. Antara hidangannya ialah Burger Lembu Sanggul Arang, Lamb Schnitzel, Pasta Ketam Cangkang Lembut Cili dan Dakwat Sotong Hitam Truffle Carbonara, manakala minuman istimewa termasuk Charcoal Latte dan Monokrom.”

Waktu pembukaan BlackBixon Café & Restaurant adalah dari 08.00 pagi hingga 10.00 malam, 7 hari seminggu.

BlackBixon Café & Restaurant hanya menghidangkan daging halal di premisnya.

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button