EkonomiJenayah

Penipuan e-dagang: Lebih 8,000 kes babit kerugian RM57.73 juta

SEBANYAK 8,162 kes penipuan e-dagang membabitkan kerugian berjumlah RM57. 73 juta dilaporkan di seluruh negara sepanjang tahun ini hingga 31 Oktober lalu.

Pegawai penyiasat (pelaburan bersindiket atau lain-lain jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman, ASP Mohd Sa’adon Sabirin berkata, trend penipuan e-dagang dilaporkan terus meningkat jika dibandingkan pada tahun 2018 dengan 3,318 kes melibatkan kerugian berjumlah RM22.39 juta

“Keadaan bertambah teruk pada 2020 apabila pandemik Covid-19 melanda dengan 5,848 kes penipuan e-dagang dilaporkan apabila lebih ramai orang membeli dalam talian.

“Statistik ini melibatkan mereka yang ditipu dan membuat laporan, namun saya percaya masih ada tidak membuat laporan polis,” katanya pada sesi webinar Penipuan e-dagang: Barang Hilang, Duit Melayang anjuran Bank Negara Malaysia (BNM), malam tadi.

Sa’adon berkata, jumlah keseluruhan kerugian dicatatkan bagi penipuan e-dagang untuk tempoh 2018 hingga Oktober tahun ini adalah RM149 juta.

Beliau berkata, rakyat Malaysia terdedah kepada penipuan e-dagang berikutan peningkatan trend pembelian dalam talian dan secara tidak langsung boleh menjadi mangsa penipuan jika tidak berhati-hati ketika membuat urusan jual beli.

Pada masa sama, beliau meminta mangsa penipuan e-dagang membuat laporan polis bagi membolehkan maklumat dan data berkaitan “scammer” dikumpul untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, antaranya ialah maklumat nombor telefon dan akaun bank yang diterima daripada laporan mangsa penipuan akan dikemas kini dalam aplikasi ‘Semak Mule’ bagi membolehkan orang ramai menyemak maklumat penjual sebelum membuat sesuatu urus niaga.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang, Sazuree Shuib menasihatkan peniaga e-dagang agar mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SSM BizTrust.

Iaitu platform yang dibangunkan untuk melindungi pengguna dan mengekang aktiviti penipuan oleh peniaga yang menawarkan produk atau perkhidmatan secara dalam talian.

Menurutnya, sehingga 31 Oktober tahun ini, sebanyak 625,000 perniagaan didaftarkan di bawah SSM BizTrust namun hanya 43,000 perniagaan masih aktif.

“SSM masih memberi promosi percuma untuk pendaftaran BizTrust sehingga 31 Disember ini bagi peniaga yang menjalankan perniagaan dalam talian.

“Jadi, dari situ pembeli boleh menyemak dan SSM BizTrust berfungsi sebagai simbol bahawa perniagaan anda memenuhi dasar ditetapkan,” katanya. – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button