Nasional

Pengubahan wang haram: SPRM akan terus siasat pembabitan Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka terus memanggil Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memberi keterangan dan melengkapkan siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram membabitkan beliau.

Menurut laporan BH yang memetik sumber, tempoh selesai rakaman percakapan belum ditentukan kerana beberapa dokumen penting masih perlu melalui proses justifikasi dalam keterangan bekas Perdana Menteri ke-9 itu.

Difahamkan, sesi seterusnya bergantung kepada kerjasama Ismail Sabri esok.

“Esok beliau akan hadir untuk kali keempat selepas menyerahkan pengisytiharan harta dan kita akan melihat sesi esok.

“Pegawai akan mengambil keterangan sehingga SPRM berpuas hati dengan penjelasan serta pengumpulan bukti bagi melengkapkan siasatan,” katanya lapor BH, hari ini.

Ketika ditanya sama ada Ismail Sabri akan ditahan selepas sesi rakaman percakapan selesai, sumber berkenaan enggan mengulas lanjut.

“Buat masa ini, kita akan meneruskan rakaman percakapan beliau terlebih dahulu,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan SPRM sedang meneliti ratusan dokumen penting, termasuk berkaitan harta benda Ismail Sabri dalam siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Difahamkan, antara dokumen berkenaan membabitkan aset-aset yang diisytiharkan Ahli Parlimen Bera itu pada 10 Februari lalu.

Penemuan wang tunai dalam jumlah besar turut menyebabkan SPRM mengambil masa untuk meneliti dokumen berkenaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button