Nasional

Pengsan di sekolah bongkar kes remaja dirogol bapa sejak usia 11 tahun

PERBUATAN terkutuk seorang bapa yang merogol anak kandung terbongkar apabila mangsa yang merupakanb pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di Kelantan pengsan ketika berada di sekolah.

Difahamkan remaja itu telah menjadi mangsa kerakusan seks bapa sendiri sejak berusia 11 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menerima laporan pada pukul 11.55 pagi semalam daripada guru dan pelajar berkenaan.

Pada pagi semalam, mangsa pengsan di sekolahnya dan sebaik sedar, gurunya bertanyakan keadaannya sebelum remaja itu memberitahu dia menjadi mangsa rogol bapa kandungnya.

Kejadian terbaharu pada 2 pagi semalam yang mana suspek yang berusia 39 tahun memasuki bilik mangsa dan merogolnya.

Muhamad Zaki berkata, ekoran itu polis telah bertindak menahan suspek yang bekerja sebagai tukang rumah di perkarangan Hospital Tanah Merah, petang semalam.

Katanya, mangsa tinggal bersama suspek dan ibu tiri serta empat saudara tiri lain dan suspek mengaku merogol mangsa sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun.

Mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati kesan koyakan lama. Ujian saringan yang dibuat mendapati negatif dan suspek juga tiada rekod lampau.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 7 Jun ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

(Visited 1,078 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button