fbpx
Nasional

Penghuni Rumah Teduh ceria sambut keberangkatan Raja Muda Perlis

Para penghuni di Pusat Jagaan Rumah Teduh Kangar menyambut dengan penuh ceria keberangkatan tiba Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah sekali lagi berkenan berangkat menyantuni mereka diiringi para peserta program ‘MAIPs Peduli’ kali yang ke 39 bagi tahun ini.

Keberangkatan baginda kali ini diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj. Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Al-Habshee.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran serta ketua atau wakil jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra meluangkan masa sekitar setengah jam menyantuni dan beramah mesra selain turut berkenan mengurniakan alat tulis dan buku yang diterima oleh Pengurusnya, Harisun Abdul Rahman.


Beberapa doktor dan pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang turut serta dalam program berkenaan dititahkan oleh Tuanku Raja Muda supaya melaksanakan pemeriksaan kesihatan rambut, mulut dan kuku kepada kanak-kanak yang menghuni rumah berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sebelum itu turut berkenan singgah di sebuah projek sosio-ekonomi usahawan asnaf MAIPs, Mazli Hamzah yang mengusahakan produk kraftangan kulit di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar.

Mazli melahirkan rasa terharu menerima kunjungan diraja dan amat bersyukur di atas segala bantuan yang diterima daripada MAIPs selama ini. Beliau turut menawarkan perkhidmatan tempahan membuat kasut khususnya kepada warga kelainan upaya (OKU) dan boleh dihubungi melalui talian 0194265255.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button