Bola SepakSukan

Thiago Silva semakin hampir sertai Blues

THIAGO SILVA dilaporkan sedia menyertai Chelsea untuk perjanjian dua tahun, setelah kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) berakhir, bulan ini.

Pemain pertahanan itu dikaitkan bakal berpindah ke Stamford Bridge dan Blues dipercayai telah menyingkirkan Fiorentina bagi mendapatkan khidmat Silva.

Silva, 35, beraksi sewaktu PSG tumpas dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara kepada Bayern Munich, semalam yang juga merupakan penampilan terakhirnya bersama juara Liga 1 itu.

Bintang Brazil tersebut melakukan 315 penampilan bersama kelab itu dan memenangi 18 gelaran sepanjang lapan tahun dia menyarung jersi kelab ibu negara Perancis tersebut.

Menurut Fabrizio Romano, ketibaan Silva di barat London akan disahkan dalam tempoh beberapa hari lagi, dan kehadiran pemain itu bakal mendorong Chelsea menghantar bek tengah, Fikayo Tomori dipinjamkan ke kelab lain.

Tomori yang berusia 22 tahun meledakkan dua gol dalam 22 penampilannya, musim lalu dan difahamkan dia menarik minat banyak kelab dari Liga 1.

Sementara itu, Tiemoue Bakayoko bersedia meninggalkan Chelsea untuk kembali ke pangkuan kelab lamanya, Monaco secara pinjaman dengan pilihan pemain itu akan dijual kemudiannya.

Difahamkan rundingan bagi khidmat pemain itu kini berada di peringkat akhir.

Pemain pertahanan, Emerson Palmieri turut ditunjukkan jalan keluar dari Stamford Bridge.

The Blues juga dikhabarkan semakin hampir menandatangani Ben Chilwell dari Leicester City dan pemain muda Bayer Leverkusen, Kai Havertz.

Dalam pada itu, Silva akan menjadi pemain ketiga ditandatangani Chelsea pada musim panas ini, selepas pemain sayap, Hakim Ziyech dari Ajax dan penyerang, Timo Werner dari RB Leipzig.

Ketibaannya bakal mengukuhkan benteng pertahanan pengurus, Frank Lampard, selepas musim lalu menyaksikan gawang Blues paling kerap dibolosi berbanding pasukan yang berada dalam kelompok teratas carta Liga Perdana Inggeris.

Silva bakal menyalurkan pengalaman dan kekuatan fizikal kepada benteng pertahanan Chelsea dan dia mempamerkan persembahan cemerlang pada final Liga Juara-Juara meskipun pasukannya kalah.

Sebelum menyertai PSG pada 2012, dia pernah memenangi Copa do Brazil bersama Fluminese dan Serie A dengan AC Milan, selain Silva turut menjulang kejuaraan Copa America bersama Brazil, musim panas lepas. – Mirror UK – SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button