JenayahNasional

Pengawal keselamatan rogol, cabul dua anak tiri dicekup polis

PERBUATAN keji seorang lelaki merogol dan mencabul dua anak tirinya berusia 15 dan 13 tahun di Rumah Pangsa Lereh, Tanjung Kling, Melaka terbongkar apabila kedua-dua mangsa menceritakan penderitaan itu kepada nenek mereka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kedua-dua mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan bapa tirinya itu telah menceritakan kejadian yang menimpa mereka kepada neneknya sewaktu wanita itu bertanyakan hubungan mereka dengan suspek.

Menurutnya, mangsa menceritakan perbuatan keji bapa tiri mereka itu berlaku apabila ibu tiada di rumah berniaga burger di kawasan rumah mereka diami antara pukul 5.30 petang hingga 10.30 malam.

Rumang Pangsa Lereh, Tanjong Kling.

Beliau berkata, ibu mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga kira-kira pukul 9.27 malam tadi.

Katanya, bertindak daripada laporan yang dibuat itu sepasukan polis telah menahan suspek yang bekerja sebagai pegawal keselamatan di pos pengawal tempatnya bekerja pada hari sama kira-kira pukul 11.00 malam.

“Hasil siasatan mendapati suspek berusia 27 tahun dipercayai merogol dan mencabul mangsa sejak mereka bersekolah rendah.

“Kakak dirogol sebanyak empat kali pada hari yang berbeza dan sering diraba semasa masih bersekolah rendah ketika berada di Tahun 4.

“Manakala mangsa kedua merupakan adik, kali pertama dirogol pada 2 Januari lalu selepas suspek menyuruhnya masuk ke bilik. Namun dia turut diraba bapa tirinya semasa masih bersekolah rendah.

“Mangsa akan dirogol apabila mereka hanya berdua bersama suspek di rumah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainol berkata, mangsa tidak memberitahu hal sebenar kepada ibu mereka kerana bimbang tidak akan mempercayai perbuatan suspek.

Menurut beliau lagi, ibu mangsa telah bertanya kepada suspek tentang perbuatan kejinya namun dia menafikannya.

Sementara itu di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 16 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Kesesakan kerana merogol. – SM

BACA Pegawai Penyiasat berpangkat Inspektor dihadap ke mahkamah atas tuduhan merogol

BACA Penceramah 3 isteri, 8 anak dituduh merogol lagi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button