Nasional

Pengarah Kanan Strategi Digital Israel ‘koyak’ dikerjakan rakyat Malaysia

PENGARAH Kanan Strategi Digital di Pejabat Perdana Menteri Israel Ido Daniel ‘koyak’ di Twitter selepas dikerjakan oleh Tentera Bawang Malaysia.

Ido Daniel menyebut nama Malaysia di Twitternya dan secara sinis berkata, dia berterima kasih dengan rakyat negara ini kerana menjadikan dirinya popular.

Malah dia turut menggunakan tanda pagar koyak dalam Twitternya iaitu perkataan yang digunakan oleh rakyat Malaysia ketika ‘menyerang’ individu pro-Israel di media sosial.

“Kepada rakan-rakan saya di Malaysia: Terima kasih kerana menjadikan saya terkenal di negara anda yang indah.

“Saya tahu bahawa dari jauh, anda menyokong perjuangan Israel melawan keganasan Hamas dan penggunaan orang awam Palestin sebagai perisai manusia.


“#KoyakToYouToo #IStandWithIsrael #longliveIsrael #IsraelUnderFire,” ciapnya di Twitter.

Tidak cukup dengan teks, Ido Daniel turut berkongsi klip video berdurasi 8 saat. Dalam video berkenaan dia berkata,”To dear my friend in Malaysia, koyak to you too. Long live Israel.”

Pada akaun Linkedin, Ido Daniel memperkenalkan dirinya sebagai ‘Aktivis bertukar pejuang kerajaan. Pakar strategi digital dan kempen diplomasi awam, dengan pengalaman lebih dari satu dekad dalam memperjuangkan kandungan digital dan polisi media sosial yang lebih baik’.

Tidak sampai 13 jam beliau menaikkan Twitter tersebut sejumlah 30 ribu komen diterima oleh Pengarah Kanan Strategi Digital Israel itu.

Sistur Ido, Israel who? We don’t know youuuuuuuuuuuuuu.

Oh too bad the whole world is against Israel. Anyway, let me fix the flags.

“PM Israel: To my dear friends in Malaysia. Me : siapa kawan ko.”

“For what they use civilians as human shield. Euwwww play victim and try to act as savior. Dahla berlakon kayu. Koyak pulaktu benak pulak tu. Benak bebal makan semut.”

No.. You show that you’re strong and act that you don care being hated. But we know Israelis live on social validation because y’all are a narcissistic colony of genocide squatters. We will keep up with the nerve war until you break. Sincerely, Bawang Army Bridged Dengkil.”

“HSHSJAJSJJAHSHA bodoh la. Menyesal aku pergi scroll replies. Sakit perut gelak.”

(Visited 4,199 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button