Rencah Hidup

Penganut Kristian terharu kebajikan pendakwah Islam Ebit Lew

KEIKHLASAN pendakwah Islam Ebit Lew masuk ke dalam gereja di Sabah dan menghulurkan bantuan mengundang rasa hormat dan rasa terharu dalam kalangan penganut Kristian.

Menurut mereka, sikap yang ditunjukkan oleh ahli perniagaan itu ketika menghulurkan bantuan kepada Gereja St. Dominit Katolik di Lahat Datu amat menyenangkan.

Malah ada yang mencemburui semangat membantu tanpa mengira kaum dan agama yang ditunjukkan oleh Ebit Liew.

Hantaran dan gambar yang dikongsi oleh Ebit Lew tidak sampai tujuh jam itu mendapat 28,000 reaksi, 1,100 komen dan 9,000 perkongsian.

“Hatimu sangat mulia. Teruskan perjuanganmu UEL semoga diberikan kesihatan, panjang umur dan rezeki bertambah. Thank you and God bless you always.” doa Mathilda Ronie Esidol.

“Semoga Ustaz Ebit Lew sentiasa diberkati oleh Tuhan yang maha kuasa dan diberi kesihatan yang baik. Terima kasih ustaz kerna berbagi rezeki kepada sesama insan tampa mengira bangsa dan agama,” kata Clara Surumbut Clara Surumbut.

“Kita lihat macam mana ustaz Ebit Lew menghormati agama kita. Cara menunjuk ke arah mengunakan ibu jari bukan jari telunjuk ketika dalam gereja,” komen Charles Joshua.

“Terima kasih ustaz. Kami di Sabah ini memang hidup bersatu aman damai dalam berbilang agama. Boleh duduk makan bersama dalam satu meja dengan membaca doa ikut agama masing-masing. Tak mnjadi halangan untuk jalinkan silaturahim. Semoga ustaz sentiasa dalam kesejahteraan dalam perlindunganNya..aameen,” doa May Fly.

Ebit hari ini telah menyumbangkan 100 set makanan, 10 buah kerusi roda dan pelitup muka kepada Gereja St Dominit Katolik Lahad Datu yang diwakili oleh Father Simon.

“Tadi ziarah kasih sayang ke Gereja St Dominit Katolik Lahad Datu. Berjumpa dengan Father Simon. Baik dan lemah lembut orangnya.

“Berbual betapa pentingnya kasih sayang dan berkongsi kebaikan. Walau berlainan agama kita sebuah keluarga.

“Terharu Father kenal saya, katanya selalu tengok Ebit Lew membantu semua orang. Ustaz Chinese kan. Ya saya Chinese. Ramai pelajar disini semua melambai-lambai saya. Sayang pada mereka semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan kasih sayang,” kata Ebit.

Ebit ketika ini dalam misi kemanusiaan selama 10 hari menghantar barang bantuan kepada golongan yang memerlikan di Sabah.

Dia pergi ke Sabah pada hari Rabu lalu dengan mendapat harga istimewa daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button