Nasional

Hentikan sahaja PKP separuh masak, adil pada semua -Najib

KERAJAAN diminta untuk menghentikan sahaja pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan jika terlalu banyak kelonggaran diberikan.

Menurut Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak adil jika hanya sebahagian perniagaan dan syarikat dibenarkan beroperasi dan sebahagian yang lain tidak bleh.

“Pasar tani buka, pasar malam buka, kilang buka, tapak pembinaan buka, kedai perabot buka, kedai emas buka, kedai pakaian dalam mewah dan fesyen buka, shopping mall buka.

“Sebenarnya kita buat PKP untuk apa memandangkan kes baru Covid masih semakin naik dan syarat semakin longgar? jika begini, hentikan sahaja PKP supaya adil pada semua,” kata bekas perdana menteri itu.

Menurutnya, sudah 17 hari negara melalui PKP ‘setengah masak’ namun semuanya hanya sia-sia kerana jumlah kes Covid-19 tidak langsung menunjukkan pengurangan.

Sebalinya Malaysia kini menjadi negara yang paling teruk dilanda Covid-19 dalam kalangan negara-negara ASEAN. Tambahnya lagi, tekanan ke atas sistem kesihatan dan petugas barisan hadapan menjadi semakin berat.

“Semakin banyak kluster Covid tempat kerja tercetus tapi semakin banyak kelonggaran untuk PKP diberi pula.

“Maka, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi penularan Covid yang semakin parah pada bulan-bulan mendatang. Bila boleh buka semula sekolah pun menjadi satu tanda tanya yang besar,” kata Najib.

Semalam media melaporkan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata, Kerajaan melanjutkan waktu operasi semua sektor atau aktiviti perniagaan yang dibenarkan sehingga pukul 10 malam bermula hari ini.

Katanya, langkah itu bagi menyelaraskan semula waktu operasi perniagaan membabitkan semua sektor yang diluluskan sebelum ini.

Kes harian terbaharu Covid-19 semalam berjumlah 4,094 kes dan kelmarin 3,680 kes dengan setiap hari  Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan kluster di tempat kerja.-SM

 

 

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button