Politik

Pendekatan PM terajui Keluarga Malaysia tidak wajar dikritik

KETUA Wanita UMNO Negeri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Seri Zurainah Musa merasakan kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengkritik Perdana Menteri secara terbuka baru-baru ini adalah tidak wajar.

Beliau nyata amat kecewa dengan kritikan terbukanya yang menyatakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dari UMNO yang paling lemah dalam sejarah negara.

Dalam satu kenyataan di akaun Facebook rasmi Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras semalam Zurainah berkata, “Nampak jelas sikapnya yang tidak menghormati Perdana Menteri iaitu pemimpin Keluarga Malaysia yang disayangi dan dihormati rakyat. Sikap dan tindakan sebegini bagi saya tidak melambangkan semangat berpasukan.

“Sepatutnya, beliau perlu melaksanakan pertemuan dengan pemimpin itu seandainya mempunyai sebarang pendapat mahupun idea yang boleh dikongsi untuk membantu demi kebaikan bersama dalam menerajui kepimpinan negara. Saluran dan ruang pasti ada untuk menyampaikan pandangan walaupun berbeza pendirian,” katanya lagi.

Menurut Zurainah, beliau berasa janggal bagaimana seorang pemimpin ‘senior’ dating dari dari dalam parti yang sama dengan Perdana Menteri iaitu UMNO tergamak memperlekehkan Perdana Menteri.

“Bukankah kita diajar untuk beradab dan matang, mana perginya tatasusila dan akal budi?

“Saya yakin PM kita, sebagai salah seorang pemimpin tertinggi parti, beliau bersikap terbuka akan menerima pandangan tidak terhad kepada sesiapa. Saya sarankan seharusnya sebelum mengeluarkan kenyataan, fikir dengan waras, kawal emosi dan buatlah teguran disaluran yang betul. Jangan terlebih sudu dari kuah pulak ya!” ujar Zunainah.

Artkel berkaitan > Lima perkara Nur Jazlan perlu telan walaupun pahit

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button