Ekonomi

Spritzer menangi Anugerah Platinum Reader’s Digest Trusted Brands untuk kali ke-21

SPRITZER mengumumkan bahawa jenama tersebut telah dianugerahkan platinum Reader’s Digest’s Trusted Brands 2022 bagi kategori Makanan & Minuman – Air Botol.

Pengeluar air mineral terkemuka itu berkata anugerah tersebut telah diberikan pada majlis Reader’s Digest Trusted Brands 2022 itu berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis itu juga meraikan ulangtahun ke-100 Reader’s Digest, sebuah jenama global dengan 23 edisi di 41 buah negara.

“Spritzer telah memenangi anugerah ini selama 21 tahun dan pencapaian ini adalah pengiktirafan yang besar bagi populariti dan kepercayaan terhadap jenama Spritzer daripada pengguna kami yang setia. Ia adalah suatu kebanggaan bagi kami, dan saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sokongan kuat ini,” kata Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Spritzer Bhd., Dr. Chuah Chaw Teo dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau menambah,Spritzer akan terus memberikan air mineral semulajadi yang berkualiti baik kepada para pengguna dan di samping itu akan berusaha untuk memberi semula kepada masyarakat.


Reader’s Digest Trusted Brands 2022 dikendalikan secara bebas oleh syarikat penyelidikan pasaran terulung, Catalyst Research.

Anugerah ini menyaksikan pendapat dan undian daripada kira-kira 8,000 individu dari Asia berdasarkan ciri-ciri utama iaitu Kebolehpercayaan dan Kredibiliti; Kualiti; Nilai; Memahami Kehendak Pelanggan; Inovasi dan Tanggungjawab Sosial.

Spritzer mengkhusus dalam pembuatan dan pengedaran air mineral semulajadi, air mineral berkilau, air minuman disuling, minuman berperisa buah tidak berkarbonat dan minuman berperisa buah.

Syarikat ini telah beroperasi selama lebih 30 tahun dan merupakan pengeluar air botol terbesar di negara ini.

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button