Nasional

Pendakwah selebriti didakwa atas kelakuan seksual terhadap remaja lelaki

PENDAKWAH selebriti, Azman Syah Alias, yang juga dikenali sebagai PU Azman telah didakwa melakukan kelakuan seksual dan komunikasi, serta kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki pada Februari, Jun dan Ogos tahun ini.

Lelaki berusia 41 tahun itu dibicarakan semua pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah berbeza, di sini, hari ini.

Tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Syafeera Mohd Said dan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid.

Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa atas dua pertuduhan melakukan perlakuan seksual fizikal terhadap mangsa berusia 17 tahun di sebuah inap desa di Sungai Udang, di sini, sekitar jam 12.15 pagi pada 20 Februari dan sekali lagi pada 29 Jun, sekitar jam 1 pagi.

Dia turut didakwa atas satu pertuduhan menggalakkan seorang lagi mangsa berusia 17 tahun berkomunikasi secara seksual menerusi WhatsApp, antara jam 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru, dekat sini pada 16 Ogos lalu.

Pertuduhan seksual fizikal didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, manakala pertuduhan komunikasi seksual dirangka mengikut Seksyen 11(1)(b) Akta Kesalahan Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Di Mahkamah Majistret, Azman Syah didakwa atas satu pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek dekat sini, sekitar jam 9.15 malam pada 10 Jun lalu. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button