Nasional

Peniaga mungkin naikkan harga roti telur

Peniaga roti canai di negeri ini mungkin terpaksa menaikkan harga roti telur jika bekalan bahan itu terus naik dan sukar diperolehi di pasaran tempatan.

Bagi peniaga di Tanjong Kling, Zulfakri Abd. Razak berkata, dia tidak menolak akan menaikkan harga roti telur dan roti sarang burung jika harga bahan itu terus meningkat naik dalam tempoh sebulan ini.

Zulfakri Abd. Razak

Menurutnya, dia sebelum ini terpaksa menaikkan harga roti telur dari RM2 kepada RM3 dan roti sarangan burung dari RM6 kepada RM7 ekoran kenaikan harga barang mentah seperti minyak masak, bawang dan tepung awal tahun ini.

“Memang saya akui harga telur di pasaran tempatan melambung daripada RM12 kepada RM18.40 satu papan itu bagi gred C selain sukar bahan ini sukar diperolehi dengan kuantiti yang banyak.

“Naik pening kepala saya nak berniaga saban hari terpaksa mencari telur tetapi seringkali tidak cukup. Sehari saya guna 15 papan tetapi kuantiti itu tidak dapat sepenuhnya,” ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, jika harga telur terus melambung naik dia tidak punya pilihan terpaksa menaikkan harga roti telu dan roti sarang burung kerana tidak mampu menampung kos yang tinggi untuk membayar gaji sembilan pekerjanya.

Seorang lagi peniaga Rosman Malik di Batu 3 Jalan Pokok Mangga berkata, dia juga bercadang untuk menaikkan harga roti telur dalam masa terdekat jika masalah kawalan harga bahan itu terus melambung tinggi.

Rosman Malik

Katanya, awal tahun ini dia telah menaikkan harga roti telur daripada RM2 kepada RM2.50 sekeping berikutan kenaikan bahan mentah awal tahun ini.

“Sekarang ini bekalan telur susah nak dapat. Carilah mana-mana kedai runcit dan pasaraya, memang tidak ada.

“Sudahlah harga melambung, lagi pulak nak dapat kuantiti yang banyak pun payah. Berat sebenarnya nak terus naikkan harga roti telur tetapi jika keadaan tidak berubah mungkin saya naikkan harga baru,” ujarnya.

Pun begitu berlainan pula bagi pemilik Warung Penarik Beca di Pokok Mangga, Aziz Hamzah apabila dia mengambil keputusan untuk terus kekal dengan harga asal roti telur RM2.00.

Aziz Hamzah

Menurutnya, walaupun harga telur melambung tinggi ketika ini namun dia tidak bercadang untuk menaikkan harga roti telur.

“Saya kekal dengan harga RM2 sekeping kerana pelanggan saya rata-rata dalam kalangan B40. Kalau saya naikkan harga ini mungkin memberi kesan kepada perniagaan saya,” ujarnya. – SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button