Bencana alam

Pendaki Malaysia meninggal dunia di Alaska

Assalamualaikum semua, beberapa perkembangan terkini dari Denali Expedition Kelab Jelajah Alpine Malaysia.

Seperti dimaklumkan sebelum ini dua pendaki iaitu Zainudin Lot dan Zulkifli Yusuf terkandas di ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali, Alaska iaitu Gunung tertinggi di benua Amerika Utara, sejak Selasa lepas .

Pihak penyelamat telah membuat beberapa percubaan untuk mengeluarkan mereka menggunakan helikopter namun tidak berjaya kerana faktor cuaca yang berkabus dan angin kencang.

Pada jam 6pagi hari Jumaat 31 May 2024 (waktu tempatan) akhirnya pihak penyelamat berjaya mengeluarkan salah satu pendaki iaitu Zainudin Lot dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Talkeetna, Alaska. Keadaan beliau stabil dan mengalami frostbite di kedua belah tangan.

Manakala itu, dukacita kami maklumkan bahawa Zulkifli Yusuf telah disahkan meninggal pada 6 pagi hari Rabu 29 May 2024 (waktu tempatan) semasa berlindung di “snow cave” di kawasan dikenali sebagai “Football field” di ketinggian 19700kaki dari aras laut. Punca kematian disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia dan akan disahkan melalui post mortem.

Jenazah kini masih berada di tempat kejadian dan proses mengeluarkan jenazah mungkin mengambil masa untuk menunggu cuaca baik.

Manakala seorang lagi pendaki, Illaham Ishak telah diselamatkan beberapa hari lepas dan kini di rawat di hospital di Anchorage Alaska dan terkena frostbite di tangan dan kaki

Pihak konsular Malaysia di Los Angeles telah dimaklumkan dan mereka akan membantu mangsa untuk proses seterusnya. Pihak keluarga juga telah dimaklumkan dan kami ingin ucapkan takziah dan mohon rakyat Malaysia mendoakan mangsa

Kelab Jelajah Alpine Malaysia
1 Jun 2024
6.50pagi (Malaysia)

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button