Hiburan

Peminat terkejut Leonardo DiCaprio bercinta dengan Gigi Hadid

Bintang ternama Hollywood, Leonardo DiCaprio didakwa kononnya menjalinkan hubungan cinta bersama seorang supermodel terkenal, Gigi Hadid.

Rata-rata peminat industri hiburan Hollywood mengkritik hubungan mereka berdua kononnya tidak sepadan disebabkan jarak umur 20 tahun.

Berita tersebar apabila mereka kelihatan bukan sahaja berdua-duaan malah sering bermesra-mesraan di sebuah parti eksklusif yang dianjurkan rakan selebriti, Riche Akiva.

Pada awalnya, mereka menafikan hubungan percintaan mereka serta mengatakan mereka hanya berkawan baik sama seperti mereka meluangkan masa bersama rakan-rakan selebiriti lain.

Namun menurut In Touch, Gigi sebenarnya memang merupakan wanita idaman Leonardo malah mereka juga didakwa sudah lama berkenalan.


Terdahulu, Leonardo dikatakan baru sahaja putus cinta dengan seorang gadis, pada 31 Ogos lalu, selepas empat tahun menjalinkan hubungan.

Perkara itu mengejutkan para peminat kerana Leonardo yang terkenal menerusi filem Titanic itu benar-benar cepat mendapat kekasih baru.

Terdahulu Gigi pernah menjalinkan hubungan bersama seorang penyanyi terkenal Zyn Malik dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khai yang kini berusia 2 tahun.-SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button