Politik

Pemilihan bersih tiada baling kerusi – Ketua Armada

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan kepimpinan baharunya selepas melalui proses pemilihannya baru-baru ini.

Pemilihan tersebut menampilkan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai Ketua Armada Nasional yang baharu menggantikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pemilihan tersebut turut menyaksikan Ceasar Mandela Malakun dari Sabah sebagai Naib Ketua.

Selain itu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap yang baharu diumumkan iaitu Akmal Zahin Zainal Zahir dan Mohamad Syaiful Ibrahim Shahli.

Pemilihan ini disifatkan kali pertama melibatkan penglibatan ahli parti secara menyeluruh di peringkat akar umbi.

BACA > Pavithra perlu tulis surat rasmi tidak teruskan pendakwaan Sugu – Suara Merdeka

Malah, pemilihan dikatakan berlaku dalam suasana harmoni tanpa provokasi atau insiden diluar jangkaan seperti baling kerusi dan sebagainya.

“Suasana pemilihan berjalan dengan tenang dan damai, tiada insiden baling kerusi, provokasi dan sebagainya.

“Ini budaya politik matang yang kami ingin jual kepada anak muda di luar sana.”

Demikian kata Wan Ahmad Fayhsal dalam sidang akhbar sempena pengumuman barisan kepimpinan Armada baharu bagi sesi 2019 – 2022.

Pengumuman itu diadakan di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan fokus kepimpinannya kini menarik minat anak muda bagi menghadapi cabaran pilihan raya akan datang.

Ini termasuklah Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim dan juga Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.

BACA > AUKU: Akan bincang dengan kepimpinan Armada baharu – Ahmad Fayhsal – Suara Merdeka

“Keutamaan kami adalah memastikan agenda pengkaderan dan membawa Bersatu kepada anak muda sebagai agenda utama.

“Malah, kami mahu menambah bilangan ahli dalam kalangan belia terutama mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Dalam pada itu Wan Ahmad Fayhsal turut memaklumkan kepimpinan Armada baharu akan memastikan penyatuannya dibawah kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Armada dan Bersatu telah mengalami perpecahan pada awal tahun ini.

“Walaupun proses pemilihan parti dalam kalangan adik-beradik, ia tetap melibatkan persaingan yang sengit.

“Namun begitu, kita semua adalah bersaudara. Penyatuan Armada sebenarnya sebagai satu langkah utama kepada penyatuan penuh Bersatu.

“Di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini tanggungjawab kita.

BACA > Video tular: Saya tunggu siasatan SPRM – Ketua Armada – Suara Merdeka

“Alhamdulillah, dengan tamatnya pemilihan barisan kepimpinan Armada semalam, sayap pemuda Bersatu kini boleh memulakanusaha menyatukan seluruh parti,” ujarnya. – SM

(Visited 497 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button