fbpx
Politik

Pemilihan Bersatu: Perlu gencatan gerakan politik

PEGUAM Haniff Khatri Abdullah menggesa para pemimpin Bersatu supaya melakukan gencatan gerakan politik sepenuhnya, sehingga negara diumumkan bebas daripada wabak COVID-19.

Haniff Khatri menyarankan supaya tiada mana-mana pihak di dalam parti itu yang melakukan gerakan politik untuk kepentingan peribadi tempoh ini sehinggalah Bersatu menyelesaikan pemilihannya pada 30 Jun nanti.

Beliau turut menasihatkan para pemimpin parti politik lain juga tidak melaksanakan perkara yang sama sepanjang negara melalui detik yang getir.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan Bersatu selepas empat tahun ditubuhkan beliau berkata, mengikut perlembagaan parti pengerusi mempunyai kedudukan dan lebih berkuasa berbanding presiden.

Situasi politik parti berkenaan masih panas, katanya, kerana belum dapat menyelesaikan pemilihan parti dan permohonan merebut jawatan tertinggi baru dibuka dan menyaksikan Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai pengerusi.


Sementara, katanya. Tan Sri Muhyiddin Yassin ditentang oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dr. Mahathir, jelas beliau, walaupun telah meletakkan jawatan, tetapi ditolak oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan apabila pencalonan dibuka beliau adalah calon tunggal bagi jawatan presiden.

Jika terdapat kecemasan, kata Haniff,  maka satu-satunya pihak yang boleh memanggil mana-mana mesyuarat MPT sebelum daripada tempoh penyelesaian Pemilihan Parti adalah Dr. Mahathir, selaku Pengerusi dan itupun dengan bantuan Setiausaha Agung yang sah Datuk Marzuki Yahya. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button