Nasional

Pembela gesa rakyat Malaysia ikut rapat isu pencerobohan tanah di Raub

RAKYAT Malaysia digesa mengikuti rapat kes berkaitan pencerobohan tanah hutan simpan di Raub, Pahang secara haram bagi pertanian durian Musang King.

Keputusan mahkamah terhadap kes pencerobohan itu dikatakan akan diperoleh pada minggu hadapan.

“Mungkin ramai yang terlepas pandang, keputusan mahkamah bagi kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang (isu Musang King Raub) adalah pada minggu hadapan.

“Maka, rakyat Malaysia terutamanya warga Pahang harus ikuti rapat perkembangan kes ini dan sebarkan agar setiap antara kita ternanti-nanti apakah keputusannya nanti.”

Kata Pengerusi, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya dalam kenyataannya hari ini berhubung insiden pencerobohan tanah secara haram di Raub.


Terdahulu, lebih 4,000 hektar tanah hutan simpan di Raub dilapor diceroboh oleh petani haram sejak 40 tahun lalu.

Lebih menyedihkan, pencerobohan itu tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri Pahang sehinggalah ia dilapor media pada Ogos tahun lalu.

Ekoran itu, kerajaan negeri kemudian mengarahkan pekebun-pekebun berkenaan supaya mengosongkan tanah hutan simpan tersebut.

Dalam pada itu, Aminuddin memberitahu, beliau akan menyebarkan poster mengenai keputusan perbicaraan terhadap pencerobohan itu menerusi media sosialnya hari ini.

Malah, beliau juga menyeru penduduk kampung berhampiran dan rakyat Malaysia amnya untuk menyebarkan pemakluman itu bagi memastikan isu pencerobohan itu mendapat perhatian semua pihak.

“Menang atau kalah, segalanya kita akan ketahui pada 9 Disember 2020 di Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang.

“Boleh jadi pekebun-pekebun haram itu yang menang tetapi kita tidak sedari kerana tiada siapa pun yang mengikuti dan menggembar-gemburkannya.

“Saya akan buat kiraan ‘countdown’ di Facebook saya setiap hari sehingga tibanya 9 Disember 2020 nanti.

“Minta jasa baik anda semua sebarkan poster ini kepada orang-orang kampung, saudara-mara, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan anda terutamanya di Pahang,” serunya. – SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button