fbpx
Parlimen

Belanjawan Kementerian Pertanian dilulus tanpa undi belah bahagi

PAKATAN Harapan tidak mengusulkan undi belah bahagi terhadap peruntukan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerin Pertanian dan Industri Makanan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon mengumumkan peruntukan kepada Kementerin Pertanian dan Industri Makanan diluluskan melakui undian suara majoriti.

“Ahli-ahli Yang Berhormat masalah ialah wang sejumlah RM3.277 bilion untuk kepala B21 angaran perbelanjaan mengurus jadi sebagaian daripada jadual hendaklah dipersetujukan.

“Ahli-ahli yang bersetuju kata setuju.Yang tidak kata tidak. Lebih suara bersetuju. Kepala B21 menjadi sebahagian daripada jadual,” umum Mohd. Rashid.

Sebelum itu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ronald Kiandee membuat pengulungan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa.


Seramai 8 ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai perbahasan tersebut.-SM

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menerima peruntukan sebanyak RM4.790 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan dalam Belanjawan 2021 ketika negara berhadapan berhadapan pandemik Covid-19.

Sejumlah RM1.512 bilion bagi peruntukan pembangunan dan RM3.278 bagi mengurus.-SM

 

(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button