Nasional

Pemandu redah banjir, ingkari amaran akan didenda

JANGAN redah banjir sembarangan atau bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana mengingkari amaran papan tanda di kawasan bencana banjir.

Itu amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, bagi mengelakkan perbuatan redah banjir hingga ada kenderaan yang hanyut dan meragut nyawa.

Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang meredah air banjir walaupun papan tanda amaran sudah dipasang.

Di Terengganu kata beliau, terdapat beberapa kes pemandu mengambil risiko meredah laluan yang dinaiki air walaupun jalan sudah ditutup dan laluan alternatif disediakan.

“Kita tidak akan bagi peluang dan memaafkan mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan arahan diberikan.

“Sebelum ini, kita tidak ambil apa-apa tindakan namun selepas ini tindakan akan diambil mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat papan tanda.

“Bagi kesalahan itu, individu yang ingkar boleh dikenakan kompaun sehingga RM300,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

Dalam lawatan itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai dan anggota yang terjejas akibat banjir.

 

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button