HiburanNasional

Siti Nurhaliza buat permintaan khas sempena ulang tahun kelahirannya

MENYAMBUT ulang tahun kelahiran yang ke 42 tahun ini, ada satu permintaan khas yang dibuat oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Permintaan khas yang dibuat Siti itu adalah supaya lagu terbaharunya berjudul Basyirah daripada album ManifestaSiti2020 diputarkan di radio.

“Jika tidak keberatan, saya mohon agak dapat diputarkan lagu tersebut yang telah dilancarkan sekitar enam bulan yang lalu.

“Lagu tersebut adalah penghargaan saya kepada petugas barisan hadapan (frontliners) serta semua yang sedang berjuang menentang Covid-19,” katanya.

Menurut Siti, dia berharap Basyirah yang diambil daripada perkataan Arab bermaksud khabar gembira itu akan mengiringi kita semua untuk mengekang penularan Covid-19.

Dalam pada itu, Siti turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat memberi bantuan dan bekerja membantu mangsa banjir di semua negeri yang terlibat.

“Kita terus berdoa agar negara kita akan dilindungi Allah dan dijauhkan musibah yang lebih teruk lagi.

“Ini doa hari lahir saya. Semoga kita semua dipermudahkan dalam setiap cabaran yang Allah uji. Terus kuat!” katanya.

Ucapan hari jadi turut membanjiri ruangan komen di akaun media sosial Siti dan antara yang turut meninggalkan komen selain peminat ialah penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. -SM

(Visited 924 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button