Nasional

Pemandu jadi penerima kedua vaksin Covid-19

PEMANDU di Pusat Kesihatan Putrajaya yang juga petugas barisan hadapan, Clement Marai Francis, menjadi rakyat Malaysia kedua menerima suntikan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11, Putrajaya, hari ini.

Clemenet menjadi petugas barisan hadapan pertama menerima suntikan vaksin itu selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerima suntikannya.

Kemudiannya disusuli Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, yang turut menerima suntikan dos pertama vaksin vaksin Pfizer-BioNTech.

Setiap penerima vaksin perlu merehatkan diri sekurang-kurangnya setengah jam selepas disuntik bagi tujuan pemantauan.

Selain Clement, tiga lagi petugas barisan hadapan yang menerima suntikan hari ini ialah Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Dr .Tan Yee Ling; Penolong Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin dan jururawat Klinik Kesihatan Presint 9, Sheilla Mellissa Sikin.

Perdana Menteri disuntik oleh Ketua Jururawat Kesihatan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Lina Ibrahim, manakala Dr. Noor Hisham oleh Jururawat Kesihatan Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya, Mazirah Mokhtar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button